Assalamualaikum 
Setelah sekian lama tidak bersiaran ehh tiber ahah kini saya kembali lagi muncul di sini . Al-maklum lah sibuk katakan .Alhamdulillah rasa bersyukur ditemukan lagi dengan bulan penuh keberkatan bulan Ramadhan buat sekian kalinya pada tahun 2020 dan ya sekarang tengah Perintah Kawalan Pergerakan sebab wabak Covid 19.Tahun 2020 yang dinanti-nanti penuh dengan sejarah yang akan diingat sampai bila-bila.Tapi bagi hikmah pkp ni banyak salah satunya dapat meluangkan lebih masa dengan keluarga dan paling best dapat jadi chef hahaha.Macam-macam resepi dah aku cuba alhamdulillah kebanyakannya jadi.
Lama tak menaip ni naik jenuh jugak tangan aku .πŸ˜‚.
Hari ini aku nak share tentang satu produk yang aku ambik baru-baru ni.Nak tau ke tidakk.Macam lah orang kesah kan.hahaha.Baiklah,produk yang aku maksudkan adalah kitsui.
Ada yang pernah dengar ada yang tak pernah dengar kan.
Secara peribadi,aku masa mula-mula tahu produk dimana diperkenalkan oleh kawan baik aku (terima kasih sebab bagitau aku ye 😁)
Produk ni ada banyak tapi buat masa ni aku tengah cuba produk kitsui Meal Replacement.
Fungsinya adalah sebagai pengganti nasi atau lebih kurang buat kita rasa kurang lapar kalau ambik ni la pada pemahaman aku.Setakat ni aku rasa boleh tahan ada juga perubahan.Aku tak rasa nak melantak sangat kalau ambik ni haha.Oh lupa bagitahu rasa Meal Replacement ni macam rasa bijirin sikit kalau korang pernah minum 3in1 spirulina ke oat nestum ke macam gandum rasa nya.Aku suka rasa ni tapi ada jugak orang tak boleh masok kan bijirin2 ni.
Nampak tak gambar yang di atas tu macam tulah produk Kitsui Meal Replacement ,kotak dia kecik dan dalam kotak ada 15sachet mesti korang rasa sikit je 15 tu tapi bagi aku banyak jugak ,oh ya lupa harga dia RM35.00 kalau beli dekat web Kitsui,berpatutan bagi aku dan kesan dia tak mendadak macam sesetengah produk.Bukan aku nak kata produk lain tak bagus ke ape mungkin pendapat kita lain2 kan jadi jangan kecam aku.πŸ˜‚.Lain2 produk kitsui ada banyak ,untuk kulit,untuk dalaman dan lain2.Korang boleh godek2 dekat web Kitsui sendiri dan produk ni ada dijual di Watson kalau korang malas nak tunggu pos lama2 kan.Promosi pulak hahaha.
Kesimpulannya,kalau korang berminat produk kitsui ni korang boleh la cuba mana2 variasi yang ada yang korang rasa nak cuba.Cuba sekotak dulu kalau rasa menarik tertarik boleh teruskan lagi dengan yang seterusnya.Ok tu jer untuk kali ni.Lain kali aku cerita lagi kalau ada cuba produk kitsui yang lain.
Byeee..😘

Comments

Popular posts from this blog